Pages

Saturday, 19 March 2016

Ahn Jae Hyun Dan Goo Hye Sun Hero Heroin Drama Blood Sah Bercinta

Ahn Jae Hyun Dan Goo Hye Sun Hero Heroin Drama Blood Sah Bercinta
Baru-bau ini peminat drama korea dikejutkan dengan berita pengakuan hero dan heroin drama korea paling popular 2015 iaitu ‘BLOOD’ sedang hangat bercinta. Berita tersebut telah  mendapat pengesahan daripada kedua-dua agensi pelakon tersebut iaitu  Ahn Jae Hyun (28) dan Goo Hye Sun (31), memang sah bercinta!

Ahn Jae Hyun Dan Goo Hye Sun Hero Heroin Drama Blood Sah Bercinta

Berita tersebut turut disambut baik daripada peminat-peminat mereka.
Menurut laporan kedua-dua pasangan ini telah bercinta selama setahun. Melalui agensi  Ahn Jae Hyun menyatakan, “Ianya adalah  betul bahawa Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun sedang bercinta dan ianya adalah kehidupan peribadi mereka jadi kami agak sukar untuk bercakap dengan lebih terperinci. Menurutnya lagi “Goo Hye Sun dan Ahn Jae Hyun ternyata memang amat menyukai antara satu sama lain. ”

Ahn Jae Hyun Dan Goo Hye Sun Hero Heroin Drama Blood Sah Bercinta

Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun  telah mengesahkan bahawa mereka sedang bercinta baru-baru ini  sahaja, tetapi berita mengenai hubungan mereka sudah heboh diperkatakan di seluruh dunia. Kesemua peminat mereka mendoakan semoga mereka akan kekal bahagia.
Menurut laporan lain, Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun kini adalah jiran selepas pelakon itu berpindah kejiranan yang  lebih dekat dengan teman lelakinya. Mereka dikatakan juga telah mulai rapat setelah melawat rumah masing-masing. Di samping itu juga khabar angin turut mengatakan bahawa Ahn Jae Hyun dan Goo Hye Sun telah bertemu keluarga masing-masing.
Apa-apa pun tahniah PP ucapkan. Memang minat gilew Drama BLOOD tu… – Palipali.net

No comments:

Post a Comment