PELAKON Lee Seung Gi yang kini sedang menjalani latihan wajib ketenteraan, dilaporkan bakal ditugaskan di bahagian persenjataan tentera.
Syarikat pengurusannya Hook Entertainment berkata, pelakon tersebut akan
menjalani latihan khusus persenjataan perang selepas berjaya melepasi
latihan asas selama enam bulan.
"Dia berkhidmat dengan cemerlang dan terpilih untuk berada di bahagian persenjataan," ujar wakil Hook Entertainment.
Aktor drama King 2 Hearts itu juga dikabarkan mempunyai peluang cerah untuk mendapat pangkat lebih tinggi dalam latihan ketenteraan itu.
Dia juga bakal menjalani latihan ketenteraan paling berat dalam unit tentera negara itu. - mstar.com.my
No comments:
Post a Comment