MOSCOW: Kesemua 61 orang dalam pesawat penerbangan dari
Dubai terbunuh apabila pesawat itu terhempas dan terbakar ketika sedang
mendarat di Rostov-on-Don, selatan Rusia, pagi Sabtu, kata seorang
pegawai tempatan.
"Sebuah pesawat Boeing 737 terhempas ketika sedang melakukan
pendaratan. Terdapat 61 orang di atas kapal. Mereka semua terkorban,"
kata jurucakap kementerian tempatan, yang dipetik oleh agensi berita
rasmi TASS.
Terdapat 55 penumpang dan enam anak kapal di dalam pesawat itu.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 12.50 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kecemasan.
"Boeing 737 dari Dubai ke Rostov-on-Don terbakar (selepas terhempas),"
kata kenyataan itu sambil menambah api berjaya dikawal pada pukul 2 pagi
waktu tempatan.
Pesawat Flydubai berkata pihaknya sedar tentang 'insiden' yang
melibatkan pesawatnya, tetapi tidak memberi apa-apa maklumat lanjut.
"Kita sedar satu insiden yang melibatkan penerbangan FZ981 kami dari
Dubai ke Rostov-on-Don. Kami sedang menyiasat maklumat lanjut dan akan
menyiarkan kemas kini apabila lebih maklumat diperolehi," kata syarikat
penerbangan itu dalam siaran di laman Facebook.
- mstar.com.my
No comments:
Post a Comment