Pages

Friday 18 March 2016

Jejaka Idaman Thailand

WAJAHNYA seiras aktor popular Hollywood, Orlando Bloom. Dan dengan memiliki wajah yang mencairkan setiap hati wanita yang memandangnya Ananda atau nama sebenarnya Ananda Matthew Everingham kini antara pelakon paling hangat di Thailand.
Buktinya, sejak Mei lalu sehingga hujung tahun ini, hampir setiap bulan pasti ada saja wajahnya muncul dalam filem baru di panggung.
Ananda Matthew Everingham

Peminat tidak pernah jemu melihat aksinya, dan kerana itulah dia sentiasa menjadi pilihan pengarah filem di Thailand.
Ananda Everingham, demikian nama komersialnya. Jejaka kacak ini lahir pada 31 Mei 1982 di Thailand dan merupakan anak kacukan di mana darah Inggeris diwarisi daripada bapanya, seorang jurugambar popular.
Sebagai aktor dan model popular Thailand, dia bermula dengan filem Shutter pada tahun 2004 selain 303 Fear Faith Revenge (1998) dan Ghost Delivery pada tahun 2003.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1031&pub=kosmo&sec=hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz43B74bELG 
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment