Pages

Thursday 14 April 2016

Peminat serbu rumah keluarga Joong-ki

Populariti drama Descendants Of The Sun telah menyebabkan pelakon utamanya, Song Joong-ki menerima tempias yang luar biasa. Bukan sahaja peminatnya semakin bertambah tetapi kediaman ibu bapanya di daerah Daejeon, Korea Selatan turut meraih perhatian orang ramai.

Khabarnya, sejak Joong-ki meledak dengan drama Descendants Of The Sun, ramai pelancong menjadikan kediaman ibu bapanya sebagai destinasi lawatan wajib apabila tiba di daerah Daejeon.

Soon Joong Ki

Menurut seorang pegawai pelancongan di Daejeon, kediaman ibu bapa Joong-ki merupakan rumah milik datuk dan neneknya. Seperti kawasan kediaman luar bandar lain, ia dikelilingi alam semula jadi dan terletak di kawasan kampung yang didiami sekitar 20 buah keluarga.

Namun, disebabkan tersebarnya berita Joong-ki kerap pulang ke Daejeon untuk melawat ibu bapanya dan berehat apabila cuti menyebabkan kawasan kampung yang sunyi sepi bertukar meriah seperti tempat pelancongan. - kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment